16.02.2023: Hospital Ar-Ridzuan yang diwakili oleh Pengerusinya, YDH Toh Tan Dewa Sakti Tn Hj. Zulkifli Bin Dato' Hj. Zakaria serta YH Dato' Suib bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Nephrocare Management Sdn Bhd (NMSB) telah memeterai satu Perjanjian Usahasama Penubuhan Pusat-Pusat Hemodialisis di Negeri Perak.
Pemeteraian memorandum ini disaksikan oleh YABhg, Tan Sri Mohd Annuar bin Zaini, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak serta Pengerusi Kumpulan kedua-dua belah pihak iaitu YBhg. Dato' Dr. Mohamad Hashim bin Ahmad Tajudin dan YB Senator Prof. Tan Sri Datuk Dr. Hj. Mohamed Haniffa bin Hj. Abdullah.
YDH Toh Tan Dewa Sakti Tn Hj. Zulkifli memaklumkan bahawa kolaborasi strategik ini menjangkakan pembukaan sekurang-kurangnya satu Pusat Dialisis di setiap daerah Negeri Perak untuk menampung keperluan rawatan hemodialisis terutamanya kepada pesakit-pesakit asnaf yang dibiayai oleh Majlis Agama Islam Negeri Perak.

