MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DIANTARA HOSPITAL AR-RIDZUAN DAN REGEN REHAB HOSPITAL

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DIANTARA HOSPITAL AR-RIDZUAN DAN REGEN REHAB HOSPITAL

 325771805_1174344696551574_322546868899014660_n.jpg
 
26 JANUARI 2023:  Hospital Ar-Ridzuan yang diwakili oleh Encik Dahari Mas’ud, Pengurus Besar serta Encik Hanafi Salehuddin, Ketua Pegawai Eksekutif ReGen Rehab Hospital hari ini telah memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) yang disaksikan oleh disaksikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohamad Hashim bin Ahmad Tajudin, Pengerusi Kumpulan PKEINPK Sdn Bhd.
 
Turut hadir pada majlis ini adalah YDH Toh Tan Dewa Sakti Haji Zulkifly bin Dato’ Haji Zakaria, Pengerusi Hospital Ar-Ridzuan.
Memorandum ini bertujuan mewujudkan jalinan kerjasama antara rakan strategik dalam menyediakan kemudahan rehabilitasi di Hospital Ar-Ridzuan, Ipoh, Perak.
Semoga usahasama ini dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan Hospital Ar-Ridzuan untuk kesejahteraan sejagat.