Berita RTM in instagram

PPV dalam kalangan hospital swasta bertambah

IPOH, 7 Jun - Perkembangan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Covid-19 di Perak.

Pusat Perubatan Ar Ridzuan di Ipoh menjadi antara hospital swasta terawal beroperasi sebagai PPV bagi Peringkat Nasional.

Pengurus Besar Kumpulan Perubatan Ar Ridzuan, Khairul Salleh Abdul Rani berkata, pihaknya menyasarkan seramai 50 orang diberi suntikan setiap hari.

Jumlah berkenaan dijangka bertambah dari semasa ke semasa.

Beliau bercakap kepada media di pusat perubatan berkenaan.

Setakat 6 Jun 900,189 orang telah mendaftar untuk menerima vaksin di negeri itu manakala 105,546 telah melengkapkan kedua-dua dos suntikan.

'Yang sahih di Berita RTM'

 

click below to see it in instagram